AMELINA NAFI TUDUHAN UBAH CIPTAAN TUHAN

Semua sedia maklum mengenai penyanyi jolokan Ratu Dangdut, Amelina, 47, yang sebelum ini berkongsi video dia sedang menjalani proses rawatan wajah iaitu tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidung itu menerusi laman Instagram (IG).

Namun begitu, tindakan Amelina tersebut telah mengundang pelbagai reaksi warga netizen yang tidak senang duduk, ngeri dan kecut perut apabila melihat wajahnya dicucuk menggunakan jarum untuk memasukkan benang sehingga berlumuran darah. Malah, ada yang melemparkan tuduhan penyanyi itu seperti mengubah ciptaan Tuhan dan melanggar hukum agama.

Amelina bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan rawatan dilakukan bukan mengubah rupa bentuk, sebaliknya proses membaiki struktur wajahnya. Dijolok adakah takut tua hingga sanggup buat rawatan sebegini, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin berkata dia ada alasan yang tersendiri dan sedar diri bahawa usianya semakin meningkat.

“Tiada istilah takut tua. Usia saya sudah 47 tahun, bukan 27 tahun. Jadi, saya tidak mahu wajah terus larut dengan usia. Tua memang mengejar kita, tetapi janganlah sampai tidak berusaha untuk menjaganya. Jadi artis, selalu bersolek disebabkan nak tutup kekurangan yang ada.

 

“Sampai nak ke restoran mamak pun bersolek. Saya kurus sebab berdiet, saya tak ambil gula dalam makanan dan minuman, selain melakukan senaman kardio, tetapi dituduh potong usus. Potong usus mahal, lebih baik saya potong selera makan. Jika mahu kurus dan bergantung pada ubat, tetapi tidak jaga makan pun tidak guna. Saya berdiet dengan cara betul,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Jelas penyanyi lagu ‘Rindu’ dan ‘Asyik’ itu lagi, dia suka bersikap telus dalam soal ini. Wanita kelahiran Nilai, Negeri Sembilan itu berkata, dia tidak mahu jadi plastik seperti orang cantik yang enggan berkongsi. Kononnya, nak berahsia, malah jawab kesan air wuduk dan minum air kosong.

“Saya kongsi video kerana ingin anda melihat sama ada rawatan ini menggunakan pisau, kulit hidung dibuang, pipi dan rahang dikikis. Apabila siap, wajah akan berubah menjadi lain. Itu memang patut dikatakan mengubah ciptaan Tuhan. Lihat hidung saya sebelum dan selepas, adakah berubah? Pipi saya menjadi lebar seperti pinggan ketika usia meningkat selepas kolagen dalam kulit sudah tiada untuk menganjalkan.

“Jadi, teknik rawatan ini menarik isi kulit dengan penggunaan benang, bukan tali rafia atau jenis tali lain. Benang menggalakkan pembentukan kolagen untuk terus menganjalkan kulit. Tambah pula, saya berjaya menurun berat badan, jadi kulit muka perlu dianjalkan. Jujurnya, saya mahu tua dalam keadaan elok, tidak sampai gerun melihat wajah sendiri.

“Kenapa saya jaga solat dan minum air kosong, tidak jadi cantik pun? Saya sedar bukan semakin muda, sukar nak berbanding pada usia muda. Berat badan menyusut, kulit saya jadi mengendur. Jadi, saya perlukan rawatan sokongan untuk anjalkan kulit. Apa yang Allah kurniakan sudah cukup, cuma kena jaga dan kekalkan dengan rawatan tertentu. Cuma, tidak mahu terlalu obses dengan pelbagai rawatan yang ada.

“Saya anggap wanita yang dari awal menjaga kulit muka amat bertuah. Saya pula pernah terkurung selama 15 tahun. Cuci muka hanya menggunakan sabun mandi, itu pun sudah rasa nikmat. Bayangkan, masa saya buat ‘come back’ wajah saya agak teruk. Jaga kecantikan ini pilihan saya,” ujar ibu kepada enam cahaya mata ini.

 

 

 

AMELINA NAFI TUDUHAN UBAH CIPTAAN TUHAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker