Clare Brown sindir Polis DiRaja Malaysia

 

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyindir Polis DiRaja Malaysia yang mengeluarkan kenyataan dan meletakkan beliau sebagai Orang Yang Dikehendaki.

Dalam kenyataan media oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Clare Brown dikehendaki berikutan waran tangkap telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Terengganu berikutan kegagalan Clare hadir kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu.

 

 

Clare dalam kenyataan balas cuba memutar belit waran tangkap keatasnya dengan mengalih cerita bukan beliau yang sepatutnya ditangkap.

 

Clare sindir PDRM

 

Brown menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang didakwa memperlekeh Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, The Sarawak Report ‘The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Clare sebelum ini mendapat layanan ‘istimewa’ dari Tun Mahathir sepanjang Pakatan Harapan memerintah namun beliau dikatakan telah ‘melarikan diri’ ke UK selepas PH tidak lagi menjadi kerajaan.

Mengapa beliau tidak berada di Malaysia selepas Mahathir bukan lagi PM dan PH bukan lagi kerajaan? Ini persoalan yang agak menarik untuk difikirkan serta alasan Clare berbuat demikian.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker