Pesara pensyarah rugi RM1.87 juta diperdaya Macau Scam

Pesara pensyarah rugi RM1.87 juta diperdaya Macau Scam

Pesara pensyarah rugi RM1.87 juta diperdaya Macau Scam

KUALA LUMPUR: Seorang pesara pensyarah mendakwa kerugian RM1.87 juta selepas diperdaya Macau Scam yang menyamar pegawai Telekom Malaysia (TM), memaklumkan talian atas nama wanita itu digunakan dalam aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram, pada 1 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Tan Poh Cheok, berkata pihaknya membuka kertas siasatan kes itu selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 80 tahun, pada Selasa lalu.

“Mangsa diminta untuk membuat beberapa transaksi secara pindahan berjumlah RM730,000 dan menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM).

“Selepas itu, wanita berkenaan mendapati terdapat transaksi pindahan wang daripada akaunnya berjumlah RM1.87 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Poh Cheok menasihatkan orang ramai mendapatkan butiran terperinci pihak berkuasa yang berhubung mengenai sebarang siasatan seperti nama dan pangkat pemanggil, selain tempat bertugas bagi mengelak menjadi mangsa Macau Scam.

“Mereka juga dinasihatkan membuat panggilan semula kepada agensi berkenaan melalui talian rasmi dan tidak mendedahkan maklumat akaun serta OTP dan TAC (laluan guna sekali dan kod verifikasi) kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon,” katanya.

Orang ramai mempunyai maklumat kegiatan jenayah boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Pesara pensyarah rugi RM1.87 juta diperdaya Macau Scam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker