MAHU MATI BERSAMA JADI KENYATAAN

MAHU MATI BERSAMA JADI KENYATAAN – JUTAWAN SURABAYA JANJI JAGA ANAK ARWAH VANESSA ANGEL

Semua sedia maklum mengenai pasangan selebriti terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan Febri Andriansyah yang meninggal dunia pada Khamis akibat kemalangan jalan raya.

Sebulan sebelum kemalangan, Febri pernah meluahkan hasrat untuk sehidup semati dengan isterinya. Nampaknya, kata-katanya itu menjadi kenyataan.

Menerusi video di saluran YouTube Millen Cyrus, Vanessa bertanyakan kepada suaminya apa yang akan dilakukan sekiranya dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk hidup: “Kalau hari ini, hari terakhir saya di dunia ini, apa yang awak akan lakukan?” tanya Vanessa.

Tanpa memikirkan walaupun sesaat, Febri atau Bibi menjawab dia lebih rela mati daripada meneruskan kehidupan tanpa isterinya di sisi: “Mati. Iya la, saya mati saja la. Pening kepala saya,” jawab Febri.

Sementara itu, selepas urusan pengebumian jenazah pasangan ini selesai, tumpuan peminat kini terarah kepada nasib anak mereka itu. Rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap buah hati arwah, Gala Sky Andriansyah yang baru berusia setahun. Isu tentang siapa yang akan menjaga dan membesarkan anak yang masih belum mengerti tentang apa yang berlaku itu menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun seorang jutawan Surabaya bernama Tom Liwafa yang merupakan salah seorang kenalan rapat Febri dan Vanessa tampil menyatakan hasrat untuk memastikan kebajikan Gala terjaga.

“Saya dan semua sahabat-sahabat saya sudah berbincang. InsyaAllah kesejahteraan Gala adalah tanggungjawab saya dan rakan yang rapat dengan saya. Jadi Gala adalah tanggungjawab kami semua sehingga dewasa. Saya berjanji akan menjaga Gala sampai berjaya nanti, saya sendiri akan memantau dia.

“Namun untuk hak asuhan bukan bidang kuasa saya, itu terpulang kepada pihak keluarga. Kami hanya ada untuk bantu Gala sampai jadi seorang usahawan,” tulisnya di laman Instagram.


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam pada itu, Tom Liwafa turut berkongsi video menunjukkan keadaan terkini Gala ketika masih dirawat di hospital. Menerusi video itu dapat kelihatan kesan lebam pada mata kiri bayi berkenaan. Bagaimanapun Gala kelihatan ceria ketika beberapa individu dipercayai saudara terdekat bermain dan melayannya.

Sebelum ini, ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombes Gatot Repli Handoko mengesahkan Vanessa dan suaminya meninggal dunia dalam kemlangan jalan raya di Nganjuk arah Surabaya, Jawa Timur. Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan, pada pagi Jumaat.

MAHU MATI BERSAMA JADI KENYATAAN


Disyorkan Untuk Anda :


Rasional ‘muka baru’ PRN Melaka – Najib Razak

Leave a Reply