NETIZEN SPEKULASI NYNAA HARIZAL MASIH BERDEPAN MASALAH KELUARGA

NETIZEN SPEKULASI NYNAA HARIZAL MASIH BERDEPAN MASALAH KELUARGA

NETIZEN SPEKULASI NYNAA HARIZAL MASIH BERDEPAN MASALAH KELUARGA – MATA SEMBAP MAIN BASIKAL

“Jalan la pula… penat berbasikal,” demikian tulis pelakon Nynaa Harizal secara ringkas pada sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram, selepas lima hari mendiamkan diri berhubung dakwaan diculik bapa sendiri di set penggambaran.

Melihat perkongsian video tersebut, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal sedang bermain basikal bersama adik lelakinya di kawasan rumah mereka, di percayai di Johor Bahru, Johor.

NETIZEN SPEKULASI NYNAA HARIZAL MASIH BERDEPAN MASALAH KELUARGA

Dalam pada itu, rata-rata netizen menerusi ruangan kapsyen bertanyakan tentang status isu berkenaan dan keadaan terkini pelakon berusia 25 tahun itu yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020.

Malah, segelintir netizen juga membuat spekulasi bahawa Nynaa masih berdepan dengan masalah keluarga disebabkan keadaan matanya yang kelihatan sembap.

“Sudah selesai masalah keluarga awak? – “Nampak bengkak bahagian mata. Jelas masalah keluarga belum selesai. – “Awak ok? Lihat mata awak,” komen beberapa netizen.

Menerusi laporan sebelum ini, suami kepada Nynaa iaitu Mohamed Fahmi Ilyas mendedahkan isteri yang dinikahinya pada 28 Ogos lalu itu diculik oleh ibu bapa mentuanya pada Isnin, 1 November lalu.

Berharap masalah yang timbul dengan mentuanya dapat diselesaikan dengan baik, Mohamed Fahmi berkata dia sendiri tidak mengetahui punca isterinya dilarikan dari lokasi penggambaran sebuah drama di Shah Alam.

Susulan itu, Mohamed Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan membuat laporan tentang kehilangan isterinya yang juga pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ dan ‘Chandelier’ itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

NETIZEN SPEKULASI NYNAA HARIZAL MASIH BERDEPAN MASALAH KELUARGA

NETIZEN SPEKULASI NYNAA HARIZAL MASIH BERDEPAN MASALAH KELUARGA – MATA SEMBAP MAIN BASIKAL


Disyorkan Untuk Anda :


‘Battle of Giants’ kerusi panas PRN Melaka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker