NORA DANISH JAWAB NETIZEN PERSOAL SERING TAMPIL SEKSI JADI MODEL HIJAB

NORA DANISH JAWAB NETIZEN PERSOAL SERING TAMPIL SEKSI JADI MODEL HIJAB

NORA DANISH JAWAB NETIZEN PERSOAL SERING TAMPIL SEKSI JADI MODEL HIJAB

Pelakon Nora Danish, 39, baru-baru ini dipilih sebagai model untuk mempromosikan sebuah jenama tudung terkenal iaitu MINAZ bagi kempen terbaharu mereka.

Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, namun Nora telah menerima kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan pelakon itu sering tampil dengan imej seksi dan menganggap tidak sesuai membawa imej berhijab.

Sebelum ini, Nora kerap dikecam netizen gara-gara berpakaian seksi ketika sedang bercuti dan memuat naik foto menampakkan susuk badan di laman sosial.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif yang sudah terbiasa dengan kecaman itu bagaimanapun melihat ia secara positif dan berharap satu hari nanti akan terbuka hati untuk bertudung.

“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu rezeki. Saya percaya buat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.

“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan.

“Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung. Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu.

“Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya.

Dalam pada itu, Nora turut menganggap seksi itu subjektif, selain tetap mengucapkan terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberi komen membina kepadannya.

“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya, maka baiklah jadinya.

“Kalau gatal pandangannya, maka gatallah. Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina.

“Saya sayang anda semua. Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” ujarnya.

NORA DANISH JAWAB NETIZEN PERSOAL SERING TAMPIL SEKSI JADI MODEL HIJAB


Disyorkan Untuk Anda :


Senarai berani dan progresif PRN Melaka – Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker