PELAKON KANAK-KANAK FILEM ‘MEKANIK’ DIJEMPUT ILAHI

PELAKON KANAK-KANAK FILEM 'MEKANIK' DIJEMPUT ILAHI

PELAKON KANAK-KANAK FILEM ‘MEKANIK’ DIJEMPUT ILAHI

AL-FATIHAH

Pelakon kanak-kanak dalam filem ‘Mekanik’ pada 1983 iaitu Prof Azdi Abass dilaporkan telah meninggal dunia, baru-baru ini. Berita sedih ini dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, Khairani Mohamad.

“Apabila sedutan lakonannya dimuat naik di media sosial selepas kematiannya, barulah orang tahu siapa sebenarnya suami,” kata Khairani.



Difahamkan, Azdi, 50, yang juga pengasas dan Pengarah Urusan MD Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kajang Perdana pada 25 Oktober lalu akibat serangan jantung.

Filem ‘Mekanik’ merupakan arahan Othman Hafsham dan dibintangi oleh Allahyarham Azmil Mustapha, Susan Lancaster, Datuk Yusof Haslam, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta ramai lagi yang diterbitkan pada 1983.

Walaupun hanya babak kecil, lakonan Azdi bersama dua lagi pelakon kanak-kanak berbangsa Cina dan India ketika mengambil pesanan makanan daripada pelanggan iaitu Azmil dan Susan kekal diingati hingga ke hari ini.

Khairani, 45, berkata, Allahyarham suaminya aktif berlakon dan sering tampil dalam TV Pendidikan bersama Afdlin Shauki.
PELAKON KANAK-KANAK FILEM 'MEKANIK' DIJEMPUT ILAHI



“Namun, pembabitan dalam filem ‘Mekanik’ buatkan dia dikenali ramai. Dia sebenarnya banyak juga berlakon drama. Dulu-dulu bilangan pelakon kanak-kanak tidak ramai.

“Dia berlakon kerana keluarganya berjiran dengan Allahyarham M Osman. Keluarga M Osman memang kenal dengan keluarga suami. Suami petah bercakap dan lincah dan itu yang buat dia jadi pilihan berlakon.

“Selain TV, dia juga berlakon drama radio. Semuanya kerana nak cari duit berlakon. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia sambung belajar,” tambahnya.

Khairani berkata, semasa hayatnya Azdi juga aktif dalam misi dakwah dan berjaya mengislamkan banyak orang bukan Islam.

Allahyarham turut meninggalkan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Jenazahnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

PELAKON KANAK-KANAK FILEM ‘MEKANIK’ DIJEMPUT ILAHI


Disyorkan Untuk Anda :


Rasional ‘muka baru’ PRN Melaka – Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker