SHAHRULEZAD ‘RELA HATI’ KE MAEPS

SHAHRULEZAD 'RELA HATI' KE MAEPS

SHAHRULEZAD ‘RELA HATI’ KE MAEPS – TAK MAHU ORANG RAPAT TERIMA RISIKO

“Akhirnya saya naik ambulans juga. Ke mana lagi kalau bukan ke Maeps. Jangan risau, tiada apa yang serius. Cuma saya putuskan ke Maeps sebab tak nak orang yang rapat dan duduk dengan saya menerima risiko dijangkiti.

“Mula-mula saya ingat nak kuarantin di hotel, lebih privasi. Tapi kat hotel tak ada doktor atau petugas perubatan yang boleh saya rujuk sekiranya berlaku kecemasan. Sekurang-kurangnya kat Maeps ini ada ramai petugas hadapan yang siap sedia setiap masa.

“Maka saya tak risau sangat kalau tiba-tiba saya ‘meroyan’ kena sampuk atau apa,” kata pengarah Shahrulezad Mohameddin menerusi satu hantaran di media sosial.

Walaupun boleh menjalani kuarantin di rumah atau hotel, Shahrulezad dengan rela hati menawarkan diri untuk menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang demi keselamatan orang terdekat selain rasa lebih selamat kerana ramai petugas perubatan sentiasa bersedia di situ.

Pengarah drama ‘Nur’ itu juga sebaliknya teruja untuk merasa sendiri pengalaman kuarantin bersama ramai yang lain di Maeps.

“Kamu jangan risau okay. Saya ambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif. Satu pengalaman baru yang menarik untuk saya. Tak sabar nak kenal dengan kawan-kawan baru di sini,” ujarnya lagi.

SHAHRULEZAD ‘RELA HATI’ KE MAEPS


Disyorkan Untuk Anda :


Konflik landa PPBM Melaka menjelang PRN

Leave a Reply