Akibat langgar lampu isyarat, penunggang maut
Akibat langgar lampu isyarat, penunggang maut
KULIM: Remaja lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) 4, hari ini.
Dalam kemalangan jam 2 petang, Mohammad Shaharuddin Shah Iran, 17, maut di lokasi kejadian manakala rakannya yang membonceng parah di kepala, dada dan patah kedua-dua kaki.
Kemalangan turut menyebabkan SUV Toyota Fortuner dipandu seorang mekanik berusia 45 tahun terbakar.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam, berkata siasatan mendapati motosikal dinaiki dua rakan sebaya itu dari Kulim Utama menghala Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) untuk pulang ke Penaga, Pulau Pinang.
Bagaimanapun, katanya, penunggang motosikal didapati melanggar lampu isyarat yang ketika itu masih merah sebelum dilanggar Fortuner yang datang dari arah Hospital Kulim.
“Kita sudah melakukan pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di pusat kawalan Hi-Tech dan mendapati motosikal berkenaan melanggar lampu isyarat.
“Siasatan mendapati mangsa yang meninggal dunia sudah tidak bersekolah manakala rakannya yang parah pula masih belajar dan ketika kejadian cuaca baik serta jalan tidak licin,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mayat dihantar ke hospital untuk ujian saringan COVID-19 sebelum bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.03 minit petang memaklumkan kebakaran sebuah SUV yang terbabit dalam kemalangan.
“Sebaik tiba, didapati dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal tersepit di bawah SUV berkenaan dengan seorang daripadanya sudah meninggal dunia,” katanya.
Akibat langgar lampu isyarat, penunggang maut
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN MELAKA: RATU BADAK KETUA CYTRO PH KAKI AUTA TANPA FAKTA
- PRN MELAKA: AHLI PAS AKAN BUAT KEJUTAN DALAM PRN MELAKA