Budak 6 tahun tergelincir sungai dikhuariti lemas

Budak 6 tahun tergelincir sungai dikhuariti lemas
Anggota bomba melakukan pencarian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tergelincir ke sungai di Kampung Perupok, Yan. – Foto bomba

Budak 6 tahun tergelincir sungai dikhuariti lemas

YAN: Budak lelaki enam tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke sungai di Kampung Perupok, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.35 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang diketuai Ketua BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib dikejar ke lokasi kejadian.



“Setibanya di lokasi, ibu mangsa memaklumkan anaknya berusia enam tahun dikhuatiri lemas selepas hanyut dibawa arus sungai ketika hujan lebat.

“Anggota bomba kemudian membuat pencarian di permukaan air di lokasi terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Mohamadul Ehsan berkata, seramai lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Sungai Petani sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk membantu pencarian.

Katanya, kawasan itu tidak terjejas dalam banjir namun aliran air sungai dilaporkan meningkat selain air yang laju.



Sementara itu, penemuan basikal di jalan memberi petunjuk buat seorang ibu yang mengesyaki anak lelakinya berkemungkinan terjatuh ke sungai di Kampung Perupok.

Ibu mangsa yang berusia 36 tahun itu dikatakan mencari anaknya, Mohd Hafiz Izzan Awari, 6, di tempat kejadian selepas tidak pulang namun tidak menemuinya.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang budak lelaki enam tahun dipercayai terjatuh sungai.

Ia susulan penemuan basikal milik mangsa di jalan iaitu lokasi terakhir kanak-kanak itu bermain bersama kakaknya yang berusia sembilan tahun.



“Pada awalnya, kanak-kanak itu ke rumah neneknya di Kampung Perupok bersama ibu berusia 36 tahun serta kakaknya, namun kedua-dua kanak-kanak itu kemudian bermain di tepi sungai.

“Bagaimanapun, kakaknya pulang ke rumah neneknya terlebih dahulu dan meninggalkan adiknya bermain seorang diri di tepi sungai itu,” katanya ketika dihubungi.

Budak 6 tahun tergelincir sungai dikhuariti lemas


Disyorkan Untuk Anda :


Melaka rindukan BN, gelagat rakyat dengan Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button