FAZLI ZAINAL – TERLAMPAU ‘STRES’ DENGAN KERJA
FAZLI ZAINAL – TERLAMPAU ‘STRES’ DENGAN KERJA PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI
“Alhamdulillah bacaan tekanan darah tinggi saya sekarang adalah 107/75. Insha-Allah saya baik-baik saja dan mungkin akan ditahan beberapa hari di hospital kerana doktor mahu memantau keadaan kesihatan saya lagi. Sejujurnya ketika kejadian pada Jumaat lalu, saya memang tak ingat apa-apa.
“Malah, saya juga tertanya-tanya bagaimana boleh sampai ke pusat karaoke. Ini mungkin berlaku disebabkan saya tak sedar yang darah tinggi semakin naik. Kemungkinan saya terlampau ‘stres’ dengan kerja menyebabkan tekanan darah saya naik mendadak. Memandangkan sekarang ini kita boleh buat majlis, jadi banyak tawaran yang masuk dan saya perlu selesaikan.
“Walaupun acara yang dijalankan bukanlah program saya, tapi sebagai pengurus acara saya perlu memastikan kelancaran acara berkenaan meskipun sudah membahagikan tugas kepada pekerja,” itulah kata penyanyi Fazli Zainal, 43, yang tidak menolak kemungkinan tekanan darahnya naik mendadak, kelmarin berpunca daripada ‘stres’ kerana terlampau memikirkan urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Fazli sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Shah Alam selepas tiba-tiba hilang ingatan dek tekanan darah tinggi ketika berada di sebuah pusat karaoke di Cheras bersama dua lagi rakannya. Dalam pada itu, Fazli berkata, bengkak di bahagian otaknya juga sudah tiada namun perlu mendapatkan ubat darah tinggi setiap hari selepas ini.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN MELAKA: TERKINI!!! PN MASIH BUNTU UNTUK TENTUKAN CALON
- Senarai Penuh 28 Calon Barisan Nasional
- PRN Melaka: Gelombang Biru Melanda Melaka, BN Yakin Sekurang-Kurangnya 18 DUN Akan Di Tawan
“Selama ini saya tak pernah ambil ubat darah tinggi. Cuma selepas keluar dari hospital sebelum ini akibat Covid-19, saya diberikan ubat diabetes untuk kawal kadar gula dalam badan serta satu lagi ubat jenis steroid bagi melegakan radang paru-paru saya. Tapi ketika menerima rawatan selama 29 hari di hospital, doktor memang ada beritahu saya ada hipertensi tapi tidaklah pula diberi ubat susulan selepas itu.
“Saya pun tak pasti macam mana boleh ada darah tinggi ini, tapi saya yakin ia berpunca dari ‘stres’ dengan kerja yang terlampau banyak ketika ini,” jelasnya yang juga aktif sebagai pengurus acara, selain mengakui agak sibuk membuat persiapan untuk beberapa program hingga dirinya mengalami kehilangan memori jangka pendek.
Terdahulu Fazli dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Shah Alam selepas tekanan darahnya naik mendadak, kelmarin. Fazli tiba-tiba hilang ingatan ketika berada di sebuah pusat karaoke di Cheras bersama dua lagi rakannya.
Sebelum ini, Fazli pernah dirawat selama 29 hari di Hospital Ampang mulai 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat Covid-19. Fazli dibenarkan pulang pada 28 Ogos lalu selain sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.
FAZLI ZAINAL – TERLAMPAU ‘STRES’ DENGAN KERJA
Disyorkan Untuk Anda :