NEELOFA: “SAYA BUKANNYA BOLEH SOROK SEHINGGA PENGHUJUNG”

NEELOFA: "SAYA BUKANNYA BOLEH SOROK SEHINGGA PENGHUJUNG"

NEELOFA: “SAYA BUKANNYA BOLEH SOROK SEHINGGA PENGHUJUNG”

“Saya mahu membiarkan orang bercakap. Sebelum ini, saya ada mengatakan orang akan nampak perubahan fizikal saya. Jadi, tidak perlulah saya nak umum apa-apa. Perlahan-lahan orang akan nampak, saya bukannya boleh sorok sehingga penghujung.

“Bagaimanapun, saya bersyukur apabila gambar itu tular, orang ramai mendoakan yang baik-baik buat saya, Alhamdulillah,” ujar selebriti popular, Noor Neelofa, 32, yang tetap memilih mengunci mulut berhubung spekulasi berbadan dua.

Isteri kepada pendakwah bebas dan pelakon, Haris Ismail atau PU Riz itu lebih selesa membiarkan peminat yang melihat gambarnya membuat penilaian sendiri. Bagaimanapun, Neelofa berkata, dia menghargai ramai yang memberikan doa baik-baik buatnya.



Gambar Neelofa menghadirkan diri ke pertunjukan fesyen jenama terkenal bersama adiknya, Ameera Khan meraih perhatian ramai apabila menampakkan perut kian membesar. Menerusi gambar itu, ramai memuji kecantikan Neelofa sebagai bakal ibu, malah mendoakan yang baik-baik buatnya.

Mengulas mengenai impian cahaya mata, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia berdoa dikurniakan zuriat yang baik dan menyenangkan.

“Sudah tentu apabila bercakap mengenai zuriat, saya mahu melahirkan zuriat yang baik akhlak, beriman, ikut suruhan dan perintah Allah serta Rasul. Kerana anak yang baik bakal menyenangkan ibu bapa nanti. Jadi, pastinya saya mahukan anak yang boleh dibentuk, senang dijaga dan beradab.

“Dunia sekarang terlalu terdedah, jadi sangat berisiko untuk setiap ibu bapa yang membesarkan anak. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi di luar nanti. Jadi, kena banyak berdoa agar zuriat dilahirkan menjadi anak yang baik. Bukan luaran semata-mata, tetapi juga dalaman,” katanya.



NEELOFA: “SAYA BUKANNYA BOLEH SOROK SEHINGGA PENGHUJUNG”


Disyorkan Untuk Anda :


Mustahil boleh puaskan semua pihak – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker