RITA RUDAINI ‘SOUND’ RIDER LAGI

RITA RUDAINI 'SOUND' RIDER LAGI

RITA RUDAINI ‘SOUND’ RIDER LAGI – KALI INI AIR MILO MENJIJIH ATAS LANTAI

“Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ni, kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain! Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik je. Orang macam ni memang tak pernah ikhlas dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain!” katanya.

“Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ni, dah pecah dah bocor sekurang-kurangnya kau bagitahulah. Ni kau blah je. Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa dengan motor pastu kau letak je tinggal je macam tu.



“Yang kau bawa ni rezeki orang ya, dan kau pun cari rezeki. Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang,” tegas Rita Rudaini yang sekali lagi meluahkan rasa berang dengan tindakan penghantar makanan dan kali ini berhubung minuman milo.

Sebelum ini, Rita pernah berdepan situasi tidak bertanggungjawab penghantar makanan yang meninggalkan pesanannya di hadapan rumah berdekatan dengan tong sampah.

RITA RUDAINI ‘SOUND’ RIDER LAGI – KALI INI AIR MILO MENJIJIH ATAS LANTAI


Disyorkan Untuk Anda :


Rasional ‘muka baru’ PRN Melaka – Najib Razak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button