1,474 cerun dijangka terjejas akibat Monsun Timur Laut

1,474 cerun dijangka terjejas akibat Monsun Timur Laut

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,474 bilangan cerun yang mempunyai tahap bahaya sederhana hingga sangat tinggi dijangka mungkin terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL) pada tahun ini dan tahun depan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keseluruhan cerun berkenaan di lima negeri di Semenanjung dikenal pasti melalui Peta Bahaya dan Risiko Cerun.

“Lima negeri berkenaan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan, selain cerun berisiko itu terletak di Jalan Persekutuan kritikal seperti Jalan Persekutuan FT1, FT3, FT4, FT5, FT8, FT86, dan FT185.

“Jalan kritikal dikenal pasti berdasarkan beberapa kriteria iaitu jalan alternatif melebihi 50 kilometer, jalan utama, kawasan tanah tinggi, bilangan cerun berkategori ‘very high dan high hazard’ yang banyak serta laluan sering berlaku cerun runtuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai persediaan kementeriannya mengenal pasti jalan dan cerun berpotensi runtuh bagi menghadapi musim tengkujuh, pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

1,474 cerun dijangka terjejas akibat Monsun Timur Laut


Disyorkan Untuk Anda :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker