AZMI SAAT: ” LEGA ISTERI TIDAK LAGI MENGIGAU KETIKA TIDUR TERINGATKAN ARWAH ANAK KAMI”

AZMI SAAT: ” LEGA ISTERI TIDAK LAGI MENGIGAU KETIKA TIDUR TERINGATKAN ARWAH ANAK KAMI”

“Saya sedar kena kuat untuk isteri dan syukur Alhamdulillah kami reda dengan ketentuan takdir ini. Namun, masih perlukan masa untuk mengubat kesedihan hati. Cuma, saya berasa lega kerana Nazira tidak lagi mengigau ketika tidur dan tiba-tiba menangis pada waktu malam teringatkan arwah anak kami. Sekarang, keadannya boleh dikata semakin baik dan stabil.

“Walaupun dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami, tapi Nazira tetap kuat dan tabah. Malah, saya sentiasa memberi semangat kepadanya,” kata penyanyi Azmi Saat, 34, yang kini lega apabila isterinya, Nazira Muhammad tidak lagi mengigau ketika tidur kerana teringatkan anak mereka, Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia, 30 September lalu.

Azmi ketika dihubungi berkata perasaan sedih itu masih dirasai isterinya, namun agak terkawal kerana ada masa dia okey, ada ketika menangis juga disebabkan menanggung rindu. Azmi dalam pada itu turut mohon didoakan kekuatan buat isterinya. Menurut penyanyi lagu ‘Tulus’ ini, pantasnya masa berlalu sudah lebih sebulan anak sulungnya itu kembali ke sisi Yang Esa.

“Selain terus mendoakan Afnan, saya juga ada merancang menghasilkan lagu istimewa buat arwah anak yang melodinya dihasilkan oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya. Alhamdulillah, saya suka dengan melodi dan lirik dihasilkan itu kerana sangat sesuai dengan cerita saya. Malah, semoga lagu ini akan diterima baik oleh pendengar nanti,” ujarnya.

Azmi berkata penghasilan lagu itu juga akan menjadi permulaan untuk memacu kerjaya nyanyiannya semula selepas berehat agak lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penularan Covid-19.

AZMI SAAT: ” LEGA ISTERI TIDAK LAGI MENGIGAU KETIKA TIDUR TERINGATKAN ARWAH ANAK KAMI”


Disyorkan Untuk Anda :


Mustahil boleh puaskan semua pihak – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker