BILA VIDA MAHU BELANJA IKAN SIAKAP TAPI DITOLAK MANGSA

BILA VIDA MAHU BELANJA IKAN SIAKAP TAPI DITOLAK MANGSA

Semua sedia maklum mengenai isu hidangan ikan siakap yang dijual dengan harga mahal dimana ia mencecah lebih RM1,000 di sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah, sehingga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial, malah golongan selebriti turut terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Simpati dengan nasib seorang wanita yang mendakwa tertipu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mangsa.

“Saya ada baca kisah ikan siakap viral, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut. Dan Saya terpanggil sebab saya memang suka ikan siakap… saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap.

“Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi jadi biarlah saya belanja. Dan Saya tak boleh dengar fasal ikan siakap, jangan buat lepas ini orang tak boleh makan ikan siakap! Saya tak nak ada orang teraniaya,” katanya.

Vida memaklumkan mengenai niatnya itu semasa siaran langsung di laman Instagram bersama seorang wanita yang mendakwa dirinya mangsa penipuan sebuah restoran di pulau peranginan itu.

Sebelum ini, wanita dikenali sebagai Niena meluahkan rasa berang apabila mengetahui bil hidangan mencecah RM 1,738.70 semasa dia dan keluarga makan di sebuah restoran terapung pada 3 November lalu.


Disyorkan Untuk Anda :


Berhubung tawaran Vida, Niena bagaimanapun mengucapkan terima kasih namun menolak dan memberitahu niatnya berkongsi mengenai hal ini kerana enggan situasi sama berlaku kepada individu lain.

“Bukan kami nak sombong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi Alhamdulillah rezeki kami masih ada… kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus. Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.

“Kepada peniaga, berniagalah dengan telus kerana Allah SWT. Janganlah aniaya pelanggan. Kes ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini,” jelasnya.

Pada 4 November lalu, seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain berkongsi rasa terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap. Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.

BILA VIDA MAHU BELANJA IKAN SIAKAP TAPI DITOLAK MANGSA


Disyorkan Untuk Anda :


Mustahil boleh puaskan semua pihak – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker