MACAU SCAM – PDRM SEDIA KERJASAMA DENGAN SPRM SIASAT PELINDUNG SINDIKET

WAJAR HERET PELINDUNG SINDIKET MACAU SCAM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bersedia memberi kerjasama kepada SPRM menyiasat dakwaan pegawai atasan PDRM yang melindungi sindiket penggubahan wang haram dikenali sebagai ‘Macau Scam’.



Sindiket itu tewas dengan penahanan beberapa individu dipercayai ‘God Father’ sindiket tersebut di Malaysia oleh SPRM. Mereka yang ditahan berkongsi kehidupan serba mewah di laman sosial dan melibatkan figura popular dunia hiburan.

Beberapa klip video yang tersebar turut mempamerkan bagaimana mereka yang terlibat membawa wang tunai dalam beg plastik hitam seolah membawa kertas fotostat.

Berapa ramai yang terlibat dengan sindiket masih belum diketahui namun dipercayai turut melibatkan rangkaian yang berkaitan dengan pihak berkuasa dan syarikat telco bagi memudahkan sindiket memeras wang daripada mangsa.



Adalah diharapkan pihak PDRM dan SPRM mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka. Mangsa yang menanggung kerugian akibat sindiket ini bukanlah sedikit malah melibatkan jutaan ringgit malah ada yang kehabisan wang pencen kerana penipuan sindiket tersebut.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading