Ketua Puteri Umno Jadi Mangsa Scam

Ketua Puteri Umno Malaysia Jadi Mangsa Scammer

Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menjadi mangsa sindiket scam. Foto beliau digunakan sindiket bagi menipu dalam talian whatsapp.

Beliau menyedari kejadian tersebut setelah dimaklumkan oleh Ketua Pemuda Labuan.

Dalam foto yang dinaikmuat Zahida, jelas foto serta identiti beliau disalahgunakan bagi meminta bantuan wang dari pihak tertentu.



Bagaimanapun taktik scammer itu telah berjaya memperdayakan individu yang ditipu apabila menurut kehendak ‘Zuraida’ apabila mangsa memasukkan jumlah wang yang diminta ke dalam satu akaun bank.

Beliau akan membuat laporan polis terhadap sindiket tersebut bagi membersihkan imejnya.

Sindiket scam menerusi aplikasi whatsapp ini banyak memperdayakan orang dan menyebabkan kerugian beratus malah beribu ringgit terhadap mangsa.

Aplikasi whatsapp juga mudah digodam pihak yang tidak bertanggungjawap. Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy antara VVIP yang pernah menjadi mangsa pihak penggodam apabila mereka menceroboh masuk ke akaun whatsapp beliau baru-baru ini.



Kali ini Zahida pula menjadi mangsa penyamaran sindiket yang ada persamaan modus operandi.

Waspada taktik penipuan ambil alih akaun WhatsApp – MCMC

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker