NIEZAM ZAIDI MOHON MAAF

NIEZAM ZAIDI MOHON MAAF

NIEZAM ZAIDI MOHON MAAF – HARAP TIDAK TERUS DIPERSALAHKAN ISU DADAH

“Kalau industri nak salahkan saya jadi punca atau apa, bang awak baca kes tak, awak tahu fakta tak? Untuk pengetahuan, masa saya bagi salam di rumah itu, saya dah habis tugasan. Saya bukan tengah ‘shooting’ ya. Saya duduk di situ sebab teruja dan berminat mengorek ilmu dengan insan berbakat yang saya kagumi ini.

“Jikalau industri nak salahkan saya, mohon maaf abang dan mohon maaf sangat-sangat kakak, janganlah salahkan saya sebab saya dah habis tugasan dan bukan kena di set,” kata pelakon Niezam Zaidi, 29, yang berharap dirinya tidak terus dipersalahkan oleh segelintir pihak sebagai punca industri kreatif tidak boleh berjalan seperti biasa berikutan insiden ‘hitam’ dilaluinya pada Oktober lalu.

Niezam dalam temubual bersama Melodi TV3 berkata dia mohon maaf kepada pihak industri kerana kejadian itu berlaku selepas tugasan kerjanya selesai. Niezam berkata dia sangat mengharapkan peluang dan ruang. Ujarnya lagi, jangan menilai seseorang itu di atas sesuatu kerana kita tidak tahu apabila kita beri peluang kedua, mana tahu orang itu dah cuci tangan.



“Bagilah saya peluang dan ruang. Kalau saya jadi punca, biarlah punca pada kebaikan. Kehidupan kita ini, bersyukur sajalah. Naik, jatuh, terbaring, meniarap ke, tetap Alhamdulillah. Sebab itu saya sentiasa semangat dan sabar, InsyaAllah takkan pernah berhenti. Dalam kehidupan dan kerjaya saya, pengalaman mematangkan kehidupan, tiada sedikit pun kekesalan. Malah, saya syukur dan reda,” ujarnya.

Niezam yang meraikan ulang tahunnya pada 26 Oktober lalu itu mengakui banyak perkara terjadi padanya di bulan berkenaan. Baginya, dia bersyukur di mana cara untuk mematangkan diri sangat-sangat unik.

“Semua kejadian berlaku dalam bulan Oktober itu. Saya sangat berterima kasih pada orang terdekat iaitu keluarga dan sahabat yang banyak memberi sokongan. Apa-apa yang kita lakukan sama ada baik dan buruk, itu antara kita dengan Allah. Alhamdulillah, sangat-sangat manis. Mungkin pada pandangan orang lain pahit, tapi rasa pahit itu kalau ditelan akan jadi ubat juga,” tuturnya.

Terdahulu, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah. Turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46.



NIEZAM ZAIDI MOHON MAAF


Disyorkan Untuk Anda :


Konflik landa PPBM Melaka menjelang PRN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker