PRU15 – Pilihanraya untuk melayan kehendak rakyat , bukan untuk melayan kehendak Mahathir.

Oleh Adam Malik

Sebaik sahaja kerajaan Barisan Nasional tumbang dan kerajaan Pakatan Harapan naik mengambil alih, nasib rakyat terus terabai dan teranaya.

Apa yang dijanjikan oleh PH pada manifestonya tidak ditunaikan sebalik nya pula yang terjadi.



Yang telah diberi oleh kerajaan Barisan Nasional telah dibatalkan dan dirampas atau dihentikan.

Misalnya, kerajaan PH menjanjikan 1 juta pekerjaan tetapi sebalik nya 17,000 penjawat awam yang hampir kesemua nya Melayu dibuang kerja.

 

Itu antara kerja durjana yang yang dilakukan oleh kerajaan Tun Mahathir 22 bulan tanpa ada rasa bersalah sedikit pun.



Pada PRU15 kali ini , Tun Mahathir masih mahu meneruskan agenda peribadinya dengan berselindung dibelakang agenda Melayu.

Dengan mengumpulkan badut2 nya PERKASA , dan Parti PUTRA , Mahathir cuba meneruskan agenda peribadinya yang tiada pun kandungan ‘blue print’ mahu membantu Melayu.

Malah , Melayu tidak selamat pun ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.



Selain kena buang kerja, Melayu dihina dan disindir berulang kali oleh Mahathir.

Mahathir juga membiarkan DAP bermaharajalela kerana Mahathir sibuk menguruskan projek mega peninggalan Najib Razak untuk dialihkan kepada kroni nya.

Malah, sepatutnya seorang kroninya didakwa kerana “Insiders trading” kerana saham yang dibeli berkaitan projek ECRL selepas BN tumbang.

Kini , apabila Mahathir melihat laungan agenda Melayu tidak disahut oleh orang Melayu atas sebab laungan palsu dan retorik kosong sahaja, Mahathir menukar ke Plan B pula.



Pelan B Mahathir adalah membuat isu baru berkenaan UMNO dan berharap ia menjadi subjek serangan.

Mahathir berulangkali kata UMNO cuba membebaskan pemimpin mereka yang didakwa rasuah.

Maka , Mahathir berharap parti2 yang benci UMNO dan BN akan berkumpul dibawah nya untuk melawan UMNO.



Ia strategi sama yang digunakan sebelum ini.

Dulu Mahathir suruh rakyat menyokongnya melawan DAP, kemudian menyokong nya melawan Anwar Ibrahim , dia sambung dengan menyokong nya melawan Nik Aziz dan PAS pula.

Terakhir  mengajak semua menyokong nya melawan Najib dan 1MDB.

Mahathir sentiasa ujudkan satu bentuk “subjek” untuk dihala tujukan demi diperalat kan.



Maka , dengan ini teralih lah tumpuan rakyat dari Perilaku Mahathir dan terfokus kepada ‘subjek’ yang dia cipta.

Maka, rakyat akan di “Goebbel” kan ulang kali konon nya UMNO jahat sebab mahu bebaskan “crook” dan penyamun.

Mahathir terlupa rakyat sudah sedar kes terhadap pemimpin UMNO hanya rekaan dan ciptaan tanpa ada pembuktian kukuh selain pergunakan mahkamah hakim dan agensi yang bersekongkol dengannya.

Maka, pada PRU15 ini , rakyat pastinya sudah sedar akan semua tingkah laku Mahathir dan sudah faham politik nya bukan berpaksi rakyat tetapi berpaksi agenda peribadi.

Banyak agenda peribadi , antaranya kes Zeti, Nazlan, Batu Puteh , wang pulangan 1MDB dan lain2 untuk dihalang atau dikambus.

PRu15 adalah waktu tepat untuk pilih kerajaan yang ada hala tuju dan ada rancangan untuk rakyat.

Najib Razak sudah siapkan ‘foundation” nya dan BN hanya perlu sambungkan legasi baik itu sambil Perdana Menteri baru mengujudkan idea sendiri tanpa mengenepikan apa yang baik dari transfomasi Najib Razak.

Berbanding WAWASAN 2020 Mahathir dimana pemerintah yang tentukan hala tuju negara, TN50 Najib pula membiarkan orang muda sendiri memberi pendapat dan kehendak mereka melalui feedback dari mereka sendiri.

Apa pun, negara tidak boleh diletak kan bawah ugutan Mahathir selama lama nya.

Kehendak Mahathir tidak perlu dilayan lagi.

22 tahun menjadi PM Wang RM30 bilion BNM lesap 22 bulan menjadi PM Pulau Batu Puteh lesap.

PRU15 ni adalah untuk memenuhi kehendak rakyat yang terabai semenjak BN ditumbangkan , ia bukan lagi masa untuk layan kehendak Mahathir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading