4 ditahan ugut Timbalan Pengerusi MCA Kulai

4 ditahan ugut Timbalan Pengerusi MCA Kulai
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

4 ditahan ugut Timbalan Pengerusi MCA Kulai

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat lelaki kerana dipercayai terbabit sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ‘along’ dengan mengugut Timbalan Pengerusi MCA Kulai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka ditahan dalam empat serbuan berasingan selepas menerima aduan daripada Biro Pengaduan Awam MCA Johor pada 7 Oktober lalu.

Berikutan itu, katanya, pada 27 Oktober lalu, antara jam 11.45 malam hingga 1 pagi, Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai membuat tiga serbuan sekitar Permas Jaya dan Taman Setia Indah, di sini.

“Serbuan itu dilakukan susulan pengadu mendakwa rumahnya disimbah cat dan ditampal notis ugutan disebabkan tindakannya banyak membantu mangsa kes membabitkan `along’.

“Hasil serbuan itu, tiga lelaki tempatan ditahan. Polis kemudian menjalankan tangkapan susulan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang juga dalang sindiket di kawasan Taman Abad, di sini, kira-kira jam 2.45 petang, pada 31 Oktober lalu.


Disyorkan Untuk Anda :


“Semua suspek berusia 18 hingga 34 tahun. Semakan rekod lampau mendapati dua daripadanya mempunyai rekod atas kesalahan dadah,” katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan turut mendapati, sindiket yang beroperasi sejak lebih setahun itu menawarkan pinjaman kepada pelanggan antara RM500 hingga RM15,000 dengan kadar faedah sehingga 30 peratus.

Katanya, hasil tangkapan itu, polis dapat menyelesaikan lapan kes ugutan jenayah dan simbah cat yang disyaki dilakukan kumpulan berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, dalang sindiket berkenaan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kulai jam 9 pagi, esok, manakala tiga yang lain dibebaskan.

“Tahun ini, sebanyak 242 kes dilaporkan membabitkan ugutan `along’ dan daripada jumlah itu, 75 kes diselesaikan dengan tangkapan serta tuduhan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, kediaman Timbalan Pengerusi MCA Kulai, Chua Jian Boon, disimbah cat oleh individu tidak dikenali, selain ditinggalkan nota ugutan dalam kejadian di Taman Putri, Kulai, jam 11.15 malam, 7 Oktober lalu.

Jian Boon berkata, pihaknya pernah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada individu tidak dikenali susulan sidang media yang diadakan berkaitan seorang wanita menjadi mangsa sindiket `along’, pada 23 September lalu.

4 ditahan ugut Timbalan Pengerusi MCA Kulai


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker