Anak kelar leher ibu

Seorang lelaki mengelar leher ibu kandung di Kampung Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun, kira-kira 7 pagi tadi.

Anak kelar leher ibu

GURUN: Seorang lelaki mengelar leher ibu kandung di Kampung Batu 5, Jalan Jeniang, di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

Mayat Sarah Jon, 70, ditemui dalam terlentang di ruang tamu rumahnya dengan kesan kecederaan di leher, telinga dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata orang awam memberi maklumat kejadian itu pada jam 7.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada juga beberapa peralatan menghisap dadah dipercayai milik anak lelaki mangsa.

“Anak lelaki mangsa kemudian maut digilis lori kira-kira satu kilometer daripada rumah mereka,” katanya, di sini hari ini.

Adzli berkata, anak lelaki mangsa kelar berusia 31 tahun menunggang motosikal dan berhenti di tepi jalan, sebelum meluru ke tengah ketika lori menghampirinya.

“Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Adzli berkata, dua beranak terbabit tinggal berdua di rumah berkenaan dan mereka dikatakan kerap bertengkar dipercayai kerana meminta wang untuk membeli dadah.

Anggota polis membawa mayat seorang ibu warga emas berusia 70 tahun yang maut dipercayai dikelar di Batu 5, Kampung Jeniang, Gurun, pagi tadi.
Anggota polis membawa mayat seorang ibu warga emas berusia 70 tahun yang maut dipercayai dikelar anak lelakinya yang disyaki penagih dadah dalam kejadian di rumah mereka di Batu 5, Kampung Jeniang dekat Gurun, awal pagi tadi. – Foto BERNAMA
Gambar mangsa seorang warga emas berusia 70 tahun maut dipercayai dikelar anak lelakinya yang disyaki penagih dadah dalam kejadian di rumah mereka di Batu 5, Kampung Jeniang dekat Gurun, pagi tadi.

“Kali terakhir pertengkaran dikatakan berlaku malam tadi dan didengari jiran serta saudara yang tinggal berhampiran.

“Suspek dikatakan mengalami masalah ketagihan dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai penoreh getah dan masih bujang itu mempunyai enam rekod lampau bersabit kes dadah dan pesakit mental.

“Berdasarkan sisa syabu yang masih ada bersama peralatan menghisap dadah, kita tidak menolak kemungkinan dia menghisap dadah di rumah berkenaan dan diketahui ibunya.

“Mayat dua beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya.

Rumah wanita warga emas dibunuh anak sendiri di Kampung Batu 5 Jalan Jeniang, Gurun, hari ini.

Anak kelar leher ibu


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker