HAFIZ HAMIDUN DAFTAR TANDA DAGANG NAMA

 

HAFIZ HAMIDUN DAFTAR TANDA DAGANG NAMA

Baru-baru ini, penyanyi Hafiz Hamidun telah mendaftarkan tanda dagang (trademark) nama dan menyarankan selebriti serta individu ternama untuk turut berbuat demikian bagi mengelakkan timbul isu penyalahgunaan nama pada masa akan datang.

Menurut Hafiz, isu yang timbul empat tahun lalu mengajarnya untuk lebih berhati-hati supaya namanya tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan tanpa pengetahuannya.

“Ini sebagai pengajaran buat semua supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Apa yang berlaku benar-benar mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Bukan untuk mengaut keuntungan tetapi bimbang nama digunakan untuk tujuan tidak baik. Apa yang berlaku nanti nama kita yang busuk.

“Contohnya, pihak sana untung berjuta-juta pakai nama kita, tetapi saya dapat apa? Saya tidak mahu insiden ini berulang kepada artis yang lain. Mungkin ada yang sudah terkena tetapi tidak mengambil tindakan, tetapi itu terpulang kepada kita.

“Dalam masa sama sebagai peringatan kepada syarikat untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama tanpa kebenaran. Saya pun jenis senang bekerjasama, benda boleh dibawa bincang,” katanya.

Pada Februari 2017, Hafiz memfailkan saman terhadap syarikat tekstil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana salah guna namanya tanpa kebenaran.

Penyanyi lagu ‘Kasih Padamu’ itu meluahkan rasa lega apabila usaha untuk menegakkan haknya sebagai selebriti dan usahawan tidak sia-sia apabila menang kes saman itu pada Mei 2018.

Bagaimanapun proses mahkamah masih berlanjutan apabila syarikat berkenaan mengemukakan rayuan di mahkamah pada tahun lalu, namun ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah kemudian menetapkan 7 Disember depan bagi memutuskan nilai tuntutan.

HAFIZ HAMIDUN DAFTAR TANDA DAGANG NAMA


Disyorkan Untuk Anda :


 

Leave a Reply