Nafuzi tak kisah jumpa KL, Sarawak
Nafuzi tak kisah jumpa KL, Sarawak
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui tidak kisah sama ada perlu berdepan KL City atau Sarawak United di pentas suku akhir Piala Malaysia.
Lawan TFC di pusingan kalah mati itu hanya akan ditentukan selepas tamat aksi Kumpulan A antara Sri Pahang dan KL City di Kuantan serta Sarawak United berdepan Penang di Stadium UiTM Shah Alam, esok.
Bagi Nafuzi, pasukannya perlu lebih fokus sepenuhnya dalam meningkatkan lagi prestasi berbanding memikirkan siapa lawan yang akan ditentang dalam pusingan suku akhir.
“Saya tak memilih (pasukan mana di suku akhir), bergantung apa yang terjadi. Tidak kira siapa (pasukan mana) pun, yang penting bagi saya pasukan kami kena bersedia.
“Mungkin orang lihat kita menang, maknanya pasukan kami sudah bagus. Tapi saya mengenali pemain, banyak lagi benda yang kami kena tingkatkan,” katanya.
TFC meletakkan diri mereka sebagai pasukan pilihan dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas merekodkan kemenangan bersih dalam lima perlawanan peringkat Kumpulan B setakat ini dan bergelar juara kumpulan.
Anak buah Nafuzi akan turun menentang Kuching City di Stadium Pasir Gudang, malam esok dengan misi untuk meneruskan rentak kemenangan.
Sementara itu, ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak memberi bayangan bahawa pasukannya juga sudah bersedia untuk berdepan mana-mana pasukan besar di pusingan kalah mati.
“Aksi di suku akhir selepas ini pasti menjadi tugas lebih sukar. Tiga atau empat pasukan lain memiliki skuad besar, ada lebih ramai pemain import.
“Tapi saya fikir kami bersedia mencapai keputusan yang baik tahun ini. Kami sudah cipta beberapa rekod dan akan cuba buat kejutan,” katanya.
Nafuzi tak kisah jumpa KL, Sarawak
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN MELAKA: RATU BADAK KETUA CYTRO PH KAKI AUTA TANPA FAKTA
- PRN MELAKA: AHLI PAS AKAN BUAT KEJUTAN DALAM PRN MELAKA
- Senarai berani dan progresif PRN Melaka – Najib Razak
- Rasional ‘muka baru’ PRN Melaka – Najib Razak