Pesuruhjaya PAS Melaka kuat ‘membongak’

Kuat ‘membongak’! Itu ungkapan yang boleh diertikan terhadap kenyataan Pesuruhjaya PAS Melaka.

Bermula dari Pilihanraya Kecil Cameron Highlands sehingga ke PRK Slim dan PRN Sabah, pengundi PAS mengenali lambang dacing Barisan Nasional hasil Muafakat Nasional.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek pula menyatakan ahli dan penyokong PAS mengenali lambang Perikatan Nasional dengan lebih baik selepas tertubuhnya kerajaan PN.

Apa rasional kenyataan beliau yang menyatakan demikian?

Adakah kenyataan beliau untuk ‘membeli’ jiwa Perikatan Nasional atau cuba meyakinkan Muhyiddin bahawa PAS kini menumpahkan TAAT SETIA mereka kepada PN sehingga sanggup tidak menggunakan lambang PAS sendiri?

Pengundi Melaka boleh menilai sikap sebenar PAS yang hanya akan mencari pihak yang mampu memberikan mereka keuntungan politik dan sanggup menikam kawan sekiranya perlu.

Bak kata sindiran yang sering digunapakai bagi menggambarkan PAS – “Wal Harammu, Wal Halalku”.

Perikatan Nasional dijangka kalah teruk PRN Melaka

 

Leave a Reply