Pisau masih tertusuk di leher mangsa’

'Pisau masih tertusuk di leher mangsa'
Seorang wanita warga emas ditemui mati selepas dipercayai dibunuh anak saudaranya dalam kejadian di Kampung Cina, Menglembu.

‘Pisau masih tertusuk di leher mangsa’

IPOH: Seorang wanita warga emas ditemui mati selepas dipercayai dibunuh anak saudaranya dalam kejadian di Kampung Cina, Menglembu di sini, petang tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 70 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan ditemui berlumuran darah dan kesan kelar serta tusukan pisau di leher.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pusat kawalan daerah Ipoh menerima panggilan daripada 999 memaklumkan seorang wanita pengsan di dalam rumah.

“Anggota ke tempat kejadian menemui seorang lelaki di dalam rumah bersama seorang wanita yang didakwa pengsan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan tertiarap di tepi katil dalam keadaan berlumuran darah dan sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan forensik mendapati sebilah pisau tertusuk di belakang lehernya selain kesan tikaman dan kelar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam ini.

Yahaya berkata, pihak forensik dan patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis menahan anak saudara lelaki mangsa berusia 40-an yang tinggal bersama wanita itu.


Disyorkan Untuk Anda :


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan meneliti dakwaan suspek dilaporkan mempunyai masalah mental.

Katanya, mayat dihantar ke HRPB untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

Yahaya berkata, pihak forensik dan patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, suspek dikatakan kerap mendakwa ada orang mengancam mahu membunuhnya.

Jiran mangsa, A Lingam, 37, berkata lelaki itu kerap menyebut ada orang datang mencarinya tetapi mereka tidak pernah melihat sesiapa.

“Jika berjumpa, dia (suspek) hanya bercakap sepatah dua kata dan berkata ada orang lalu-lalang di kawasan itu tetapi kami tidak nampak,” katanya.

Lingam berkata, mangsa dan suspek agak kurang bercampur dengan jiran, melainkan kalau mahu meminta bantuan.

Seorang wanita warga emas mati dipercayai dibunuh di kediaman di Kampung Cina, Menglembu, Ipoh, petang tadi. – NSTP/BALQIS JAZIMAH ZAHARI

‘Pisau masih tertusuk di leher mangsa’


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker