Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh

Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh
S Krisman, 72, (depan) didakwa membunuh anak sendiri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh

HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga emas yang mengelar leher anak sendiri selepas dikatakan bertengkar kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam, dekat sini pada 3 November lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini atas tuduhan membunuh.

S Krisman, 72, dihadapkan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi, 3 November lalu. Sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.



Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Dr Vasu Appu. Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker