Itali sasar kembali ke Piala Dunia

Itali sasar kembali ke Piala Dunia
Pengendali Itali, Roberto Mancini perlu memastikan pasukan itu kembali ke Piala Dunia selepas kegagalan empat tahun lalu. – Foto AFP.

Itali sasar kembali ke Piala Dunia

MILAN: Itali akan ke saingan sengit berdepan Switzerland awal pagi Sabtu ini dengan harapan mereka ke Piala Dunia masih seimbang ketika juara baharu Eropah itu mahu melupakan mimpi buruk pada 2018.

Masih segar selepas kejayaan pada Euro 2020, Itali mengetuai Kumpulan C menerusi perbezaan gol berbanding Switzerland dengan kedua-dua pasukan bertarung bagi mendapatkan satu tempat ke kejohanan tahun depan di Qatar.

Roberto Mancini mengambil alih skuad Azzurri selepas kegagalan pasukan itu ke Piala Dunia di Russia, kali pertama mereka tidak layak dalam tempoh enam dekad namun menyedari apa yang perlu dilakukan ketika ini.



“Adalah penting kami bermain baik kerana selepas Euro, ia adalah yang terbesar tahun ini. Kami tahu kami perlu menang,” kata Mancini.

Mancini bagaimanapun cuba tenang melihat jadual yang akan kembali meletakkan Itali ke pentas terbesar bola sepak selepas lapan tahun.

Kekalahan playoff kepada Sweden pada lewat 2017 menyebabkan negara itu terjatuh ke dalam gaung yang dalam lalu ketinggalan di belakang pasukan Eropah lain dan bukan lagi dianggap pasukan yang melahirkan bakat kelas dunia.

Sejak itu, bekas pengendali Inter Milan dan Manchester City itu membawa kembali kehebatan dalam skuad kebangsaan dengan menukar gaya barisan pemain baharu dan veteran.



“Saya tidak rasa kami akan akan tertekan,” kata Mancini.

“Ia perlawanan yang penting, sangat penting sebenarnya, dan memang benar jika kami menang ia akan membuka pintu ke Piala Dunia, tapi ia hanya perlawanan bola sepak.”

Sebelum mengharungi pertemuan itu, Mancini kehilangan penyerang tengah Ciro Immobile kerana kecederaan betis selain pemain tengah Roma, Lorenzo Pellegrini dan Nicolo Zaniolo. – AFP

Itali sasar kembali ke Piala Dunia


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker