KARL SHAFEK PERNAH SIMBAH PETROL PADA BADAN & PANDU KERETA TANPA SEDAR
KARL SHAFEK PERNAH SIMBAH PETROL PADA BADAN & PANDU KERETA TANPA SEDAR
“Alhamdulillah, kalau nak ikutkan keadaan saya semakin pulih. Walaupun saya masih perlu makan ubat sejak mengalami masalah berkenaan (depresi) sekitar dua tahun lalu, namun saya tidak pernah alami insiden-insiden pelik seperti dulu.
“Tambahan pula, saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri,” pengacara dan pereka fesyen streetwear, Karl Shafek.
Hampir dua tahun bertarung dengan diri sendiri selepas mengalami masalah mental sehingga menyebabkan depresi, Karl meluahkan rasa syukur keadaannya kini kian baik dan Karl gembira dengan perubahan yang sedang dialaminya ketika ini.
Karl bagaimanapun cuba untuk terus positif dalam meneruskan kehidupan di samping meneruskan kerjaya dan bidang seni dan fesyen. Mengimbau kembali saat dirinya dibelenggu depresi, Karl berkata, ada beberapa perkara yang dilakukannya pada sehingga hampir meragut nyawanya sendiri.
“Saya bukanlah kata saya mahu bunuh diri, tetapi ketika itu saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Sehinggakan, saya memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan.
“Tetapi, pada waktu itu, tiada sesiapa tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai,” kongsinya ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, pada Ahad.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai pendapatnya soal tanggapan orang ramai terhadap selebriti yang kerap terkait dengan masalah mental, ini pandangan Karl;
“Ramai yang kata mereka yang mengalami masalah mental ini suka mencari perhatian, tetapi bagi saya, tanggapan itu salah. Hal ini kerana, ada yang benar-benar disahkan menghidap masalah mental dan ada juga yang self-claim mengalami masalah berkenaan. Apa pun, saya harap yang struggle macam saya akan pulih,” ujarnya lagi.
KARL SHAFEK PERNAH SIMBAH PETROL PADA BADAN & PANDU KERETA TANPA SEDAR
Disyorkan Untuk Anda :
- Bukan Umno sahaja kena patuk – Tok Mat
- PRN Melaka ; MCA yakin pengundi sudah bijak memilih
- PRN MELAKA: BERITA 300 AHLI UMNO ALOR GAJAH MELOMPAT KE PPBM ADALAH PALSU