Kesetiaan Rauf kualiti terbaik untuk Melaka – Shahaniza

Kesetiaan Dato Sri Rauf Yusoh merupakan kualiti terbaik untuk rakyat Melaka dalam PRN Melaka kata Ketua Umno Bahagian Maran.

Dato Sri Shahaniza Shamsuddin berkata demikian ketika ditemuramah selepas satu program di Tg Biadara.



Beliau turut merayu pengundi Tg Bidara agar berfikir dengan semasak-masaknya pada 20 November nanti dan memberi undi kepada calon BN untuk memastikan kemenangan Rauf.

Shahaniza menyifatkan Tg Bidara antara kerusi panas berikutan pertarungan ‘heavy weight’ antara BN dan pihak lawan. Malah Shahaniza turut menyifatkan pihak lawan sendiri perlu mengakui kerja BN selama ini adalah terbaik.



Beliau membawa amanah Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, Dato Sri Utama Wan Rosdy untuk BN Pahang ‘all out’ membantu BN Melaka di PRN Melaka.

Rafiq kecewa, Mas calon Ketua Menteri tunggal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button