Panik jumpa dua topi keledar

Anggota bomba dari BBP Pokok Sena melakukan pencarian mangsa dalam Sungai Telaga Mas, Kampung Bidin, Langgar selepas dimaklumkan terdapat dua mangsa dilaporkan terjatuh.

Panik jumpa dua topi keledar

ALOR SETAR: Penemuan dua topi keledar berhampiran sebuah motosikal yang terbabas di tepi sungai mencetuskan suasana panik apabila polis dan pasukan bomba dimaklumkan terdapat seorang lagi mangsa disyaki terjatuh ke dalam Sungai Telaga Mas, Kampung Bidin, Langgar, malam tadi.

Terdahulu, mayat seorang penunggang motosikal iaitu lelaki warga Myanmar yang juga pemegang kad pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berusia 26 tahun, ditemui di kawasan sungai berkenaan, malam tadi.

Namun, usaha pencarian mangsa dilakukan anggota bomba akhirnya ditamatkan pada 12.20 tengah malam tadi apabila polis dimaklumkan oleh majikan mangsa bahawa hanya dia seorang menaiki motosikal berkenaan, ketika pulang kerja.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.20 malam.

“Apabila kita sampai di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa iaitu seorang lelaki Myanmar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.

“Namun hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua topi keledar di tepi jalan dan kita syak mungkin ada mangsa lain dan dia mungkin terjatuh ke sungai.

“Bagaimanapun, pencarian di dalam sungai berkenaan mendapati tiada mangsa lain dan kemudian, maklumat diperolehi daripada majikan memberitahu hanya seorang mangsa yang pulang dari kerja sebagai tukang cuci di Bukit Tembaga, Jalan Kuala Nerang,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata operasi pencarian mangsa kedua ditamatkan selepas dimaklumkan hanya seorang saja yang terbabit dalam kejadian itu.

Panik jumpa dua topi keledar


Disyorkan Untuk Anda :


 


Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker