RITA RUDAINI: “DAH TAK MINAT? ADA AKU KISAH ORANG MINAT AKU KE TAK…”

RITA RUDAINI: "DAH TAK MINAT? ADA AKU KISAH ORANG MINAT AKU KE TAK..."

RITA RUDAINI: “DAH TAK MINAT? ADA AKU KISAH ORANG MINAT AKU KE TAK…”

Pelakon Rita Rudaini sering menjadi perhatian ramai apabila berkongsi luahan atau maklumat di media sosial. Terkini, Rita memaklumkan apa sahaja perkongsiannya itu tidak melibatkan orang lain.

Dilihat lantang bersuara sejak kebelakangan ini, Rita berkata dia tidak kisah jika hilang peminat kerana baginya hidupnya bukan untuk diminati.

“Aku kongsi info kat rumah aku ja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ka, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang. Jadi siapa yang banyak masa? Ludah jatuh atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk.

“Dah tak minat? Ada aku kisah orang minat aku ke tak.. kau ingat aku hidup ini untuk kau minat ke? Tak mati dek keji, tak hidup dek puji,” kata Rita.

Menerusi satu perkongsian lain, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegur mereka yang terlupa untuk cermin diri dan mula menyalahkan orang lain apabila terkena pada batang hidung sendiri.

“Masa mengutuk mengeji mengecam orang lupa nak cermin muka sendiri. Bila kena batang hidung, kata orang meroyan dan menyalak. Lalat-lalat kacuk yang tak boleh terima kebenaran, beginilah. Oh silap, sebelum ini lalat-lalat berzikir dan bermunajatlah, bukan mengecam,” ujarnya

RITA RUDAINI: “DAH TAK MINAT? ADA AKU KISAH ORANG MINAT AKU KE TAK…”


Disyorkan Untuk Anda :


Semua orang nak ‘bunuh’ kita – Mohamad Hasan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker