Rossi bakal tamatkan karier gemilang di Sepanyol’

Rossi bakal tamatkan karier gemilang di Sepanyol'
Penunggang Yamaha-SRT dari Itali, Valentino Rossi akan menamatkan kariernya dalam saingan MotoGP dekat Valencia hujung minggu ini. AFP

Rossi bakal tamatkan karier gemilang di Sepanyol’

VALENCIA, Sepanyol: Nama juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan terpahat di petak perlumbaan buat kali terakhir apabila ikon sukan permotoran itu akan menunggang ke arah persaraan pada MotoGP Valencia Ahad ini.

Penunggang Itali berusia 42 tahun itu pasti akan bergelar seorang daripada atlet terhebat dalam sukan dunia.

Sepanjang karier selama tiga dekad, dia adalah pakar dalam seni mencari kekuatan daripada jentera 157kg ditungganginya.



Dia meraih gelaran dunia pertama pada 1997, setahun selepas membuat penampilan pertama dalam kelas 125cc yang kemudiannnya diteruskan dalam saingan 250cc pada 1999.

Naik taraf ke kelas utama selepas itu, dia menjadi naib juara pada musim 2000 sebelum muncul juara dunia kali terakhir perlumbaan menggunakan jentera 500cc setahun kemudian bersama Honda.

Dia menambah enam lagi gelaran dalam kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 dengan dua yang pertama bersama Honda diikuti Yamaha selepas itu.

Dia menamatkan karier dengan 115 kemenangan termasuk rekod 89 dalam MotoGP, 235 podium (199 dalam kelas utama) selain pelumba paling lama beraksi dalam kelas utama.



Pada usia lebih 40 tahun, bertarung menentang penunggang separuh usia lebih muda menukar nasib Rossi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada musim 2021, dia mengosongkan posisi bersama pasukan utama Yamaha untuk menyertai pasukan satelit SRT menggantikan Fabio Quartararo yang meraih gelaran dunia di litar kegemaran Rossi dekat Misano bulan lalu.

Kemenangan terakhir Rossi dicapai pada 2017 dengan kedudukan petak pendahulu terakhir ialah pada 2018 selain podium setahun selepas itu. – AFP

Rossi bakal tamatkan karier gemilang di Sepanyol’


Disyorkan Untuk Anda :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button