Gaji dipotong, pemandu kereta api Jepun failkan saman

Gaji dipotong, pemandu kereta api Jepun failkan saman
Sistem pengangkutan kereta api Jepun terkenal kerana kepatuhannya kepada masa. – Foto AFP

Gaji dipotong, pemandu kereta api Jepun failkan saman

TOKYO: Seorang pemandu kereta api Jepun menyaman majikannya selepas gaji pekerja itu dikurangkan 56 yen (RM2.04) kerana kelewatan selama seminit membabitkan sistem pengangkutan kereta api yang terkenal kerana kepatuhannya kepada masa, kata syarikat itu hari ini.

Pemandu itu memfailkan saman terhadap West Japan Railway (JR West) awal tahun ini selepas dia didenda kerana kesalahan pada Jun 2020 disebabkan kelewatan itu, lapor akhbar, Yomiuri Shimbun.

Laporan itu berkata, pekerja berkenaan menuntut 2.2 juta yen (RM80,205) sebagai ganti rugi untuk penderitaan mental dihadapinya disebabkan pengalaman pahit itu.



Pemandu itu telah dijadualkan untuk memindahkan kereta api kosong ke garaj di stesen Okayama di barat Jepun, tetapi menuju ke platform yang salah.Ia sekali gus menyebabkan kelewatan bagi pertukaran pemandu dengan kereta api itu berlepas dari stesen dan tiba di depoh lewat seminit daripada yang dijadualkan, kata akhbar itu.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan berkata, tindakan yang diambil ke atas pekerja itu adalah setimpal memandangkan tidak ada tenaga kerja lain yang terbabit dalam insiden kelewatan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap JR West mengesahkan saman itu kepada AFP hari ini, namun enggan mengulas lanjut ‘kerana kes itu belum selesai’.

“Sebab mengapa perkara ini menjadi tuntutan mahkamah adalah perbezaan mengenai cara mentafsir punca kelewatan itu,” katanya, sambil menambah, syarikat itu mengamalkan peraturan ‘tiada kerja, tiada gaji’ dalam pengurangan gaji pemandu.



Lelaki berkenaan yang namanya tidak didedahkan, berkata kelewatan itu adalah kesalahan kecil dan dia tidak sepatutnya dianggap tidak hadir bekerja. – AFP

Gaji dipotong, pemandu kereta api Jepun failkan saman



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker