Pahang, Melaka enggan dabik dada

Pahang, Melaka enggan dabik dada
Aksi Pahang ketika menentang Sabah (jersi biru) dalam saingan Kumpulan A Piala Tun Abdul Razak. – Foto ihsan Facebook Malaysian Hockey Confederation.

Pahang, Melaka enggan dabik dada

KUALA LUMPUR: Pertembungan Pahang dan Melaka dalam saingan Piala Tun Abd Razak bagi kategori wanita pada Ahad ini bakal menjadi penentu gelaran juara Kumpulan A, namun kedua-dua pasukan jelas enggan terlebih dulu mendabik dada.

Bagi ketua jurulatih Pahang, Mohamad Sabri Mohamad, pasukannya tidak mahu mengambil mudah dengan pasukan Melaka dan menggesa anak buahnya untuk mengekalkan misi mengumpul mata maksimum dalam pertemuan berkenaan.

“Perlawanan dengan Melaka memang menjadi penentu (kedudukan satu dan dua). Jadi kami tidak mahu mengambil perlawanan ini dengan mudah. Jadi kami kena kekalkan fokus serta misi mendapatkan tiga mata,” katanya.

Pahang membuka tirai peringkat kumpulan dengan melakar kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan semalam sebelum diikat 2-2 dengan Sabah, hari ini.

Selepas dua perlawanan, Pahang ketika ini berada di kedudukan kedua peringkat kumpulan dengan empat mata manakala Melaka mendahului carta dengan enam mata.

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka, Sewak Singh Dulip Singh gembira dengan prestasi anak buahnya yang ketika ini sudah melakar dua kemenangan, masing-masing menewaskan Sabah dan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0.

“Pahang sebuah pasukan yang kuat, ada pemain senior dan dicampur bersama pemain SUKMA. Jadi perlawanan nanti mungkin akan menjadi satu perlawanan yang bagus.

“Kita harap pasukan boleh menang dengan Pahang. Mereka adalah pasukan juara bertahan. Dengan barisan pemain yang kita ada, kita harap boleh memberi saingan yang bagus dengan Pahang nanti,” katanya.

Pahang, Melaka enggan dabik dada



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker