Pangsapuri Hong Kong pecah rekod jualan termahal Asia

Pangsapuri Hong Kong pecah rekod jualan termahal Asia
Sebuah pangsapuri di Hong Kong dijual pada harga HK$640 juta (RM342 juta), termahal di Asia. – Foto AGENSI

Pangsapuri Hong Kong pecah rekod jualan termahal Asia

HONG KONG: Sebuah pangsapuri di Hong Kong dijual pada harga HK$640 juta (RM342 juta) menjadikannya termahal di Asia bagi setiap kaki persegi, sekali gus menjadi tanda keapungan bagi pasaran perumahan mewah di bandar raya ini.

Dua syarikat yang menjual pangsapuri berkenaan, Wharf Holdings dan Nan Fung Development, berkata pangsapuri di Mount Nicholson itu adalah salah satu projek mewah paling ikonik di bandar raya ini, dengan harga HK$140,800 (RM75,318) setiap kaki persegi.

Pangsapuri yang terletak di kawasan puncak, iaitu kawasan kediaman mewah di pulau Hong Kong itu berkeluasan 4,544 kaki persegi dengan tiga parkir kereta.



Ia turut memecahkan rekod dipegang projek 21 Borrett Road, di bawah CK Asset Holdings hampir sembilan bulan lalu.

Taikun Hong Kong, Victor Li menjual pangsapuri berkenaan pada harga HK$136,000 (RM72,750) setiap kaki persegi pada Februari.

Pembelian terbaharu itu menunjukkan pasaran kediaman mewah di bandar raya itu yang dikenali sebagai salah satu lokasi paling mahal di dunia akan terus meningkat lebih tinggi.

Menurut Colliers International, jumlah urus niaga dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun mencapai HK$12.8 bilion (RM6.85 bilion), iaitu lebih daripada dua kali ganda berbanding jumlah pada tahun sebelumnya.



Colliers menganggarkan, harga untuk rumah mewah akan meningkat tiga peratus pada separuh kedua tahun ini, didorong oleh permintaan yang kukuh daripada Tanah Besar China dan penduduk tempatan yang kaya raya.

Untuk rekod, sebuah unit di Mount Nicholson memegang rekod sebagai pangsapuri termahal di Asia pada 2017, sebelum 21 Borrett Road mengatasi pencapaian itu pada awal tahun ini. – BLOOMBERG

Pangsapuri Hong Kong pecah rekod jualan termahal Asia



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button