PN biadap, edar risalah di dalam perkarangan Masjid
Perikatan Nasional (PN) semakin biadap apabila mula mengedarkan risalah di dalam perkarangan masjid sebelum solat Jumaat berlangsung.
Perbuatan tersebut sempat dirakamkan oleh netizen yang kebetulan mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Tanjung Bidara tengahari tadi.
Risalah yang menampilkan muka calon PN Tanjung Bidara, Mas Ermieyatie diletakkan dalam raga motorsikal jemaah yang kebanyakan telah mula memasuki masjid untuk menunaikan solat.
Adakah mereka (PN) bebas untuk berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan arahan SPR? Sebab calon itu adalah Timbalan Menteri maka PN bebas untuk melanggar SOP?
Suruhanjaya Pilihanraya wajar meneliti perkara tersebut dan jika perlu bertindak, ambillah tindakan sewajarnya.
Ab. Rauf bukan naga, buaya, singa dan bukan abang besar