Itali, Switzerland rebut tiket tunggal

 

Itali, Switzerland rebut tiket tunggal

Itali, Switzerland rebut tiket tunggal

ROME: Misi Itali untuk kembali ke Piala Dunia selepas lapan tahun masih samar-samar apabila Jorginho gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika seri 1-1 menentang Switzerland.



Juara Eropah itu kekal di depan Switzerland di puncak Kumpulan C berdasarkan perbezaan jaringan selepas tandukan Giovanni Di Lorenzo pada babak pertama mengimbangi gol awal Silvan Widmer untuk pelawat.

Bagaimanapun laluan untuk pusingan akhir di Qatar terbantut apabila pemain tengah Chelsea Jorginho gagal mengesahkan kemenangan menerusi penalti selepas Domenico Berardi dikasari.

Kini kedua-dua pasukan teratas itu perlu mengharungi perlawanan terakhir peringkat kumpulan Isnin ini untuk merebut slot tunggal kelayakan secara automatik.

Reaksi pengendali Itali, Roberto Mancini ketika aksi menentang Switzerland di Stadium Olympic. – Foto AFP

Itali kendalian Roberto Mancini akan bertandang ke Ireland Utara manakala Switzerland akan melayan kunjungan Bulgaria.



Itali kini hanya perlu menyamai keputusan Switzerland untuk memastikan tempat di pusingan akhir, termasuk mengekalkan perbezaan jaringan ke atas pesaingnya itu.

Itali gagal ke Piala Dunia 2018 di Russia buat pertama kali dalam enam dekad selepas tewas kepada Sweden dalam pusingan play-off pada tahun 2017.

“Dia (Jorginho) salah seorang pengambil sepakan penalti kami dan dia mahu melakukannya, jadi memang logik jika dia mengambil sepakan itu.

“Kami bermain baik di babak kedua selepas permulaan sukar, hanya tidak mendapat gol. Kami memulakan hari terakhir dengan kelebihan, yang cukup penting,” kata Mancini. – AFP



Pemain tengah Itali, Sandro Tonali (kanan) mengasak pemain Switzerland, Denis Zakaria. – Foto AFP
Pemain tengah Itali, Nicolo Barella (kiri) mengekang pemain Switzerland, Freuler. – Foto AFPItali, Switzerland rebut tiket tunggal

Itali, Switzerland rebut tiket tunggal


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button