Lelaki maut terjatuh atas batu

Lelaki maut terjatuh atas batu
Lim Tham Guan, 60, dilaporkan mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. – Foto PDRM

Lelaki maut terjatuh atas batu

LANGKAWI: Seorang pembantu kedai maut selepas tergelincir dan jatuh ke atas batu besar di kawasan peranginan Air Terjun Telaga Tujuh di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, mangsa, Lim Tham Guan, 60, dilaporkan mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas berkelah di air terjun berkenaan.



Katanya, mangsa dipercayai melalui kawasan bercerun sebelum tergelincir dan terjatuh ke atas bongkah batu besar menyebabkan dia cedera parah pada kepala serta badan.

Shariman berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha bagi menjalani ujian COVID-19, sebelum bedah siasat.

Lelaki maut terjatuh atas batu


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button