Norma baharu parti kerajaan bertanding berasingan

Norma baharu parti kerajaan bertanding berasingan
Bendera BN, PH dan PN memenuhi kiri dan kanan jalan raya dalam PRN Melaka

Norma baharu parti kerajaan bertanding berasingan

ALOR GAJAH: Politik Malaysia melangkah ke era baharu apabila parti yang membentuk kerajaan, bertanding menggunakan bendera sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, ia bukan satu bentuk permusuhan namun norma baharu politik di negara ketika ini.

“Tak ada kawan dan musuh tetap dalam politik (Malaysia ketika ini). Kita tak boleh ambil pendekatan kerana bertanding (sesama sendiri) kita berpatah arang berkerat rotan (memutuskan hubungan).



“Parti di peringkat Persekutuan akan terus bersama (dengan kerajaan semasa),” katanya di sini hari ini.

“Pasa masa sama ia tak menghalang mana-mana parti untuk menyertai pilihan raya negeri. Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga kita dukung bersama untuk mereka bertanding (pada PRN Sarawak), begitu juga di sini (PRN Melaka).

“Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing bertanding atas kapasiti sendiri, maka ini norma baharu politik yang kita harus dukung dan terima realiti ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera parti patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang PRN Melaka walaupun agak ketat kerana ia diwartakan dalam usaha kerajaan membendung penularan COVID-19. – BERNAMA



Norma baharu parti kerajaan bertanding berasingan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati LamanΒ Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker