Sekurang-kurangnya 3 maut letupan di masjid Afghanistan

Letupan bom yang menyasarkan masjid di bandar utara Afghanistan, Kunduz sebelum ini. Foto AGENSI

Sekurang-kurangnya 3 maut letupan di masjid Afghanistan

JALALABAD: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 15 cedera hari ini akibat letupan di sebuah masjid di wilayah Nangarhar, Afghanistan yang bergolak, seorang pegawai hospital memberitahu AFP.

Letupan itu berlaku di daerah Spin Ghar di wilayah timur, sarang aktiviti kumpulan Daesh sejak Taliban merampas kuasa di negara itu pada Ogos.

“Saya boleh mengesahkan letupan semasa solat Jumaat di dalam sebuah masjid di daerah Spin Ghar. Terdapat korban dan kematian,” kata seorang pegawai Taliban kepada AFP.



“Setakat ini tiga terbunuh, 15 cedera,” kata seorang doktor di hospital tempatan kepada AFP.

Kumpulan Daesh cawangan Afghanistan, yang pertama kali muncul di Nangarhar pada 2015, telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa siri serangan berdarah di Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa.

Salah satu yang terbaru, pada awal November, menyaksikan pejuang Daesh menyerbu Hospital Tentera Kebangsaan Kabul, membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan lebih 50 orang.

Lebih 120 orang terbunuh dalam serangan Daesh awal tahun ini di dua masjid yang popular dengan komuniti etnik minoriti Hazara. – AFP



Sekurang-kurangnya 3 maut letupan di masjid Afghanistan



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button