SETAHUN ‘DIHANTUI’ KES CABUL

SETAHUN ‘DIHANTUI’ KES CABUL – DA’I SYED ALAMI TEKANAN PERASAAN, TAKUT NAK NAIK MAHKAMAH

“Kadang-kadang ada juga terasa ‘down’, nak cakap depression itu, ada juga. Ada juga tekanan perasaan… manusia kan. Alhamdulillah, ada orang beri semangat dan doakan saya. Atas asbab mereka mendoakan saya, saya jadi fokus pada kerja saya. Tengok apa yang boleh buat, aktiviti dan bercuti dengan keluarga. Banyakkan masa dengan keluarga. Maka disebabkan itu, tiada depress dan tekanan.

“Saya memang sudah siap sedia untuk dibicarakan dengan izin Tuhan… InsyaAllah. Sebab kes ini pun dah lebih kurang setahun. Selama setahun, mendebarkan… siapa pernah masuk mahkamah memang akan rasa takut dan berdebar. Kita memang hadir untuk beri kerjasama.



“Debar… takut sebab aura mahkamah memang dahsyat la. Saya nak selesaikan cepat, beri kerjasama pada pihak mahkamah untuk selesaikan bicara tersebut,” demikian kata pendakwah bebas Da’i Syed yang akui mengalami tekanan perasaan selepas hampir setahun berdepan tuduhan melakukan aktiviti seks luar tabii dan mencabul.

Bagaimanapun, Syed bagaimanapun meluahkan rasa syukur dapat mengawal masalah mental dan kemurungan dialami. Ujarnya, dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga untuk pastikan kesihatan mentalnya dalam keadaan baik.

Syed yang bakal dibicarakan pada Februari depan itu berkata dia sudah melakukan persediaan mental dan fizikal namun akui hatinya berdebar setiap kali turun naik mahkamah.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol dua wanita pada September dan Oktober dua tahun lalu. Syed juga didakwa ada pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.



SETAHUN ‘DIHANTUI’ KES CABUL – DA’I SYED ALAMI TEKANAN PERASAAN, TAKUT NAK NAIK MAHKAMAH



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button