Sulaiman Ali lawan Muhyiddin ‘tekan butang’ di Lendu?

Dun Lendu yang ditandingi Datuk Seri Utama Sulaiman Ali nampaknya meriah dengan poster Muhyiddin Yassin dan bukannya calon sebenar PN.

Kemana wajah sebenar calon PN Dun Lendu? Adakah beliau takut kalah lantas terpaksa berselindung di balik poster Muhyiddin ‘Tekan Butang’?

Adakah Muhyiddin yang bertanding di seluruh DUN Melaka? Jika dilihat hampir keseluruhan DUN ada terpampang wajah Presiden PPBM itu.

Walaupun foto Presiden parti dibenarkan untuk dipaparkan di papan iklan, propaganda menggunakan wajah Muhyiddin hanya mengundang sinis kepada rakyat Melaka.

Bagi rakyat Melaka sudahlah kempen terikat dengan SOP ketat dalam tempoh kempen PRN Melaka, calon PN tidak dikenali langsung berikutan kurangnya wajah calon disebarkan di papan iklan kempen.

Lagi dihina bertambah kuat BN – Zahid Hamidi

 

 

Leave a Reply