Yusoff yakin Cheng Hoe mampu persiap pasukan kebangsaan

Yusoff yakin Cheng Hoe mampu persiap pasukan kebangsaan
Skuad Harimau Malaya ketika menjalani latihan di Amman, Jordan, baru-baru ini bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan, baru-baru ini. – Foto ihsan Facebook FAM.

Yusoff yakin Cheng Hoe mampu persiap pasukan kebangsaan

KUALA LUMPUR: Singapura ke Dubai dan Indonesia ke Turki, jadi skuad Harimau Malaya pula ke mana?

Ketika beberapa pencabar dalam Piala Suzuki AFF 2020 bertukar citarasa dengan berkampung di luar negara, skuad kebangsaan pula dilihat sekadar dapat menjalani persiapan dengan ‘ala kadar’ di dalam negara.

Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi mengakui situasi itu memberikan kekurangan buat skuad negara selepas mereka berdepan kekangan masa untuk mempersiap pasukan khususnya dari segi menghimpunkan pemain dan menyusun aksi persahabatan.



Namun beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya barisan kejurulatihan yang diterajui Tan Cheng Hoe dapat membentuk skuad yang mantap berdasarkan ‘pengajaran’ yang diterima di Jordan, bulan lalu.

“Kita tahu pasukan bertanding di Piala Suzuki AFF 2020 nampaknya begitu serius dengan persediaan yang terbaik untuk memberikan saingan yang terhebat nanti.

“Saya kira ini kekurangan (skuad kebangsaan) tetapi saya harap barisan kejurulatihan dapat menyediakan pasukan yang terbaik meskipun kita berdepan pelbagai kekangan.

“Dengan barisan pemain yang dibawa ke Jordan sebelum ini dan tambahan beberapa pemain untuk memperbaiki pasukan, saya rasa kita boleh atasi kekurangan yang timbul.



“Cheng Hoe pasti faham dan menggunakan sebaik mungkin kesempatan ini kerana kita harus ingat, kita bukan setakat sediakan pasukan ke Piala AFF 2020 tetapi juga untuk kelayakan Piala Asia akan datang,” katanya.

Pada saingan ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ yang akan berlangsung di Singapura itu, Kemboja bakal menjadi halangan pertama anak buah Cheng Hoe disusuli aksi kedua berdepan Laos.

Ujian sebenar menanti skuad negara pada aksi ketiga apabila bakal berdepan juara bertahan, Vietnam sebelum menutup aksi kumpulan berdepan skuad ‘Garuda’ Indonesia.

Yusoff yakin Cheng Hoe mampu persiap pasukan kebangsaan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button