MARUAH KAMI NAK CAMPAK MANA” – CHIWAN (TAICI)



MARUAH KAMI NAK CAMPAK MANA” – CHIWAN (TAICI) : CUKUP-CUKUPLAH PANDANG POPULARITI…

“Kami tertanya tanya persembahan kami semua untuk penonton atau untuk juri??” itulah kata salah seorang ahli Taici iaitu Chiwan yang meluahkan rasa terkilan menerusi laman Instagram miliknya apabila kumpulannya itu tidak menerima sebarang HA daripada juri, sekaligus tersingkir daripada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021), semalam.

Dalam masa sama, Chiwan juga meminta juri bersikap adil dan tidak memandang kepada populariti peserta semata-mata. Menurut Chiwan, dia dan rakan seperjuangannya dalam kumpulan itu iaitu Ilham dan Tapai sedar bahawa persembahan mereka kurang mantap, namun masih dapat menghiburkan penonton.

“Pentas MLM adelah pentas keramat untuk semua pelawak di Malaysia ni.. Disinilah kami akan bermula untuk mencari tapak dalam industri lawak Malaysia.. Disini rumah kami dan disini juga kami mencari rezeki.. Kami bukan badut yang berada di atas pentas untuk memperbodohkan diri sendiri.. Dalam kami bertanding pentas ini juga adelah pentas untuk kami menghiburkan anda semua..



“Tiap-tiap minggu kami memerah otak mencari content untuk dipersembahkan diatas pentas.. Bile persembahan itu menjadi kami dipuji dan diangkat setinggi tingginya tapi bile tak menjadi kami ibarat pesalah yang menanti hukuman untuk dihentam.. Kalau ade kekurangan sila nyatakan ape kekurangan kami supaya boleh diperbaiki untuk menjadi lebih baik.. Nilai la kami sebagai anak seni yang berkarya di atas pentas bukannya menilai kami seperti orang yang tak tau ape itu komedi..

“Semua yang berada dia atas pentas tu adelah yang terpilih bukan random people.. Cukup-cukup la memandang popularity. Kami sedar kami kalah popularity tapi kami tau ape itu komedi.. Jadilah adil dalam menjuri. Untuk pertama kali dalam sejarah tiada HA dalam MLM.. Maruah kami nak campak mana?? Kami ibarat orang bodoh dekat atas pentas tu yang tak buat ape2 ke? THIS IS NONSENSE.

“Kami tak kata kami layak untuk dapat HA yang bnyak sekurang kurangnya berilah untuk effort yang kami dah berikan.. Persembahan kami tak hebat mana malam tadi tapi kami yakin and dapat dengar gelak tawa org dalam studio.. Kami tahu anda semua juri tapi bile datang tu enjoy the show bukan buat muka ketat..

“Kepada semua yang menyokong Taici. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua.. Maafkan kami untuk persembahan malam tadi jika ada kekurangan atau ada kata-kata yang mengguris hati mana-mana pihak.. Kami terima rezeki kami hanya sampai disini.. #taicimlm21 #maharajalawakmega2021 #rezekidariAllah,” luah Chiwan lagi.



MARUAH KAMI NAK CAMPAK MANA” – CHIWAN (TAICI)




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker