Benarkah Syed Saddiq Sendiri Yang Merancang Kekecohan Di Muar?

Benarkah Syed Saddiq Sendiri Yang Merancang Kekecohan Di Muar?

Ceramah politik presiden MUDA yang juga berada dalam kluster mahkamah, Syed Saddiq, sekali lagi mendapat bantahan dari penduduk tempatan.

Kali ini ketika berceramah di stadium Muar, terdapat sekumpulan anak muda yang mengganggu dengan menjeritkan ‘TIPU, TIPU’, ketika Syed Saddiq berucap.



Apa yang menarik perhatian penulis ialah, Syed Saddiq bukannya satu-satu penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ucapan.

Di atas pentas yang sama, terdapat pemimpin DAP, Liew Chin Tong dan juga presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Ketika Liew Chin Tong dan Mat Sabu berucap, tidak pula berlaku kekecohan, tetapi sebaik sahaja Syed Saddiq berucap, maka kekecohan berlaku.

Dan seperti biasa, Syed Saddiq dengan pantas menuduh yang membuat kekecohan itu adalah Pemuda UMNO/BN.



Menteri Besar Johor, Onn Ghazi dengan tegas menafikan kekecohan itu dilakukan oleh pemuda UMNO Muar.

Beliau menuntut supaya Syed Saddiq meminta maaf atas tuduhan liar yang tidak berasas itu.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/18/minta-maaf-segera-dengan-ahli-umno-mb-johor-desak-syed-saddiq/



Namun untuk menegakkan benang yang basah, Syed Saddiq mengabaikan tuntutan meminta maaf.

Ekoran itu, Pemuda UMNO Muar tampil membuat laporan polis atas tuduhan Syed Saddiq yang berniat jahat itu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1013561/pemuda-umno-muar-lapor-polis-didakwa-bikin-kecoh-di-ceramah-ph



Menurut Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif, ketika kejadian, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Muar terlibat dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO dan Pelancaran Jentera Pilihanraya.

Takut dengan laporan yang telah dibuat, Syed Saddiq dengan segera membuat u-turn dengan menuduh kekecohan itu dicetuskan oleh segelintir Mat Rempit pula!!!

Apakah Ada Kemungkinan Syed Saddiq Sendiri Yang Merancang Kekecohan Di Muar?

Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai siapa sebenarnya yang membuat kekecohan dan siapa dalang sebenar di belakang mereka.



Apa yang berlaku mengingatkan penulis tentang kejadian Syed Saddiq lari lompat pagar ketika berlaku kekecohan di Johor Baru.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/651658/terpaksa-lari-dan-lompat-pagar-macam-orang-salah



Ketika itu Syed Saddiq yang menjadi Menteri Belia & Sukan di era PH, dengan pantas menuduh Pemuda UMNO yang melakukan kekecohan.

Namun selepas siasatan dilakukan oleh pihak polis, ternyata dakwaan Syed Saddiq itu tidak berasas.

Kini perkara yang hampir sama berlaku lagi dan timbul beberapa persoalan dengan tuduhan liar Syed Saddiq itu:

  1. Bagaimana Syed Saddiq boleh begitu pasti ianya dilakukan oleh Pemuda UMNO/BN?
  2. Mengapakah hanya ketika Syed Saddiq berucap, baru timbul kekecohan?
  3. Sekiranya benar Pemuda UMNO yang melakukannya, sudah tentu ketika wakil DAP dan PAN berucap kekecohan sudah berlaku.
  4. Apakah ada kemungkinan Syed Saddiq sendiri yang mengupah beberapa pemuda untuk melakukan kekecohan itu supaya beliau dilihat sebagai pejuang anak muda?

Kita serahkan siasatan kepada pihak polis kerana mereka lebih pakar dalam membongkar motif sebenar kejadian.

 

Benarkah Syed Saddiq Sendiri Yang Merancang Kekecohan Di Muar?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button