MIERA LIYANA MASIH BELUM SEDIA DEDAHKAN

MIERA LIYANA MASIH BELUM SEDIA DEDAHKAN – BABY KINI SUDAH TUJUH BULAN

Pelakon Miera Liyana yang selamat bersalin pada 16 Mei lalu itu sehingga kini masih merahsiakan jantina serta wajah cahaya mata sulungnya.

Miera mengakui dia dan suami, Rosland Othman, 47, masih belum bersedia untuk mendedahkan. Dalam masa sama, Miera juga meluahkan rasa syukur kerana mempunyai suami dan keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan anaknya.

“Buat masa ini saya belum lagi bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulung dan keputusan ini adalah permintaan daripada suami.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan melayan kerenah saya. Selain suami, mak saya turut banyak membantu dengan tanggungjawab saya sebagai ibu,” ujar Miera.

Untuk makluman, pelakon drama ‘Memori Cinta Suraya’ ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada 26 Julai tahun lalu.

Sementara itu, Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Seri Kasmi, mengakui dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Ini kerana kata Miera, dia sememangnya memberikan keutamaan kepada bayinya yang kini berusia tujuh bulan.

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap sejak bergelar ibu sebab tumpuan saya diberikan kepada anak. Nak ambil masa untuk diri sendiri pun saya rasa bersalah.

“Sebab saya rasa masa itu seharusnya untuk baby saya. Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu,” katanya.

MIERA LIYANA MASIH BELUM SEDIA DEDAHKAN – BABY KINI SUDAH TUJUH BULAN


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker