Saksi kemalangan 10 kenderaan diminta tampil

GOMBAK: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah bas dan 10 kenderaan lain di Kilometer 32.5 Lebuhraya Karak seperti tular di media sosial semalam, tampil membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 12.33 tengah hari.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku jam 10.40 pagi ketika semua kenderaan dalam perjalanan dari arah Bentong menghala ke Gombak.



“Kenderaan bergerak perlahan kerana kesesakan jalan raya.

“Sebuah bas dari arah sama dipercayai gagal dikawal lalu melanggar belakang sebuah kenderaan, mengakibatkan sembilan kenderaan lain turut mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa terbabit tidak mengalami kecederaan.

Katanya, polis sudah mengenal pasti pemandu bas iaitu lelaki berusia 53 tahun, namun punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.



Noor Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)

Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

 



 

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading