Polis kesan lelaki kasari pemandu kereta di Shell, Jalan Duta

Polis kesan lelaki kasari pemandu kereta di Shell, Jalan Duta

Polis kesan lelaki kasari pemandu kereta di Shell, Jalan Duta

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang mengasari seorang pemandu kereta dengan menggunakan topi keledar dalam satu insiden di stesen minyak Shell, di Jalan Duta, menghala ke utara.

Insiden berkenaan dikesan menerusi video berdurasi 43 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter, jam 11.31 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat tindakan di luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana orang.



“Spekulasi berkaitan video ini hendaklah dihentikan sehingga penyiasatan pihak polis selesai dijalankan.

“Saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu mungkin terbabit dalam insiden berkenaan diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini pihak polis turut sedang mengesan tarikh dan masa kejadian berkenaan berlaku.

Beliau berkata maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Polis kesan lelaki kasari pemandu kereta di Shell, Jalan Duta


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker