Taiwan: AS beri amaran kepada China

Taiwan: AS beri amaran kepada China
China didakwa sering menunjukkan kekuatan ketenteraan untuk menekan Taiwan. – Foto hiasan AFP

Taiwan: AS beri amaran kepada China

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada China, berhubung tekanannya ke atas Taiwan, menjelang sidang kemuncak membabitkan dua kuasa besar itu.

Menurut kenyataan, Setiausaha Luar Negara AS, Antony Blinken yang bercakap dengan Menteri Luar China, Wang Yi, turut melahirkan kebimbangan mengenai tekanan ketenteraan, diplomatik dan ekonomi, ke atas Taiwan oleh republik berkenaan.

Dalam perbualan di antara Blinken dan Wang berhubung persediaan sidang kemuncak itu, Setiausaha AS itu dilaporkan menggesa Beijing mengadakan dialog dalam menyelesaikan isu selat secara aman, konsisten dengan harapan rakyat Taiwan.



Presiden AS, Joe Biden dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dijadual menghadiri sidang kemuncak secara maya pada Isnin ini (waktu Washington).

Hubungan di antara AS dan China merosot bukan sahaja membabitkan isu Taiwan, malah dalam perdagangan, hak asasi manusia serta beberapa isu lain.

Taiwan: AS beri amaran kepada China
Peta menunjukkan sempadan China dan Taiwan. – Foto AGENSI

Tentera China pada bulan lalu dilaporkan beberapa kali menceroboh ruang udara pertahanan Taiwan.

Washington pula berulang kali menyatakan sokongan mereka kepada Taiwan.



Dalam pada itu, Jabatan Negara memaklumkan, sidang kemuncak yang bakal diadakan itu membuka peluang dan ruang untuk kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai tanggungjawab mengawal persaingan dua kuasa besar terbabit.

Biden sebelum ini sudah mengadakan perbualan telefon sebanyak dua kali bersama Xi, sejak menerajui Rumah Putih. – AFP

Taiwan: AS beri amaran kepada China
Presiden Biden dijadual bertemu secara maya dengan Xi Jinping, pada Isnin. – Foto AFP

Taiwan: AS beri amaran kepada China


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker